Thursday, August 18, 2011

sekadar renungan..

“Assalamualaikum syeikh , saya nak tanya bagaimana ingin mendidik hawa nafsu.?”

“Erm , apa khabar adik dirumah?” Syeikh tanya kembali.
“Adik saya. Masya’Allah sihat tapi tambah nakal pula. Sukar betul nak jaga.”

“Alhamdullilah , sudah pasti mesti adik awak minta macam-macam. Semua benda dia nak bukan?”
“Ya betul itu syeikh. Semua benda adik saya nak. Susah betul.”

“Jadi macamana awak layan karenah adik awak?”
“Buat tak tahu saja Syeikh , Tak layan sangat. Semakin layan , semakin mengada-gada.”

“Ehh macam itu , Boleh ke ? Bukan ke itu namanya awak tidak sayang adik?”

“Tak adalah syeikh , saya sayang adik saya sebab itu saya tak berikan semua untuk adik saya. Supaya bila dah besar , dia pandai menjaga dirinya. Aduhai , saya pula yang banyak bercakap. Maaf Syeikh , jadi apakah jawapan soalan saya tadi?”

“Kamu sendiri sudah sebut jawapannya.”
“Ahh? Bila..?”

“Baru tadi tentang adik kamu , Imam Al Ghazali ada menyebut bahawa perkara paling besar dalam dunia ini adalah Hawa Nafsu. Ingat syurga itu tidak disenangi oleh hawa nafsu kita , jadi berhati-hati dengan nafsu kita , supaya tidak membawa kita kearah nerakaNya. Nafsu itu seperti budak nakal , tidak boleh dilayan terus menerus.Tetapi Ia Fitrah , dan tidak boleh dibuang tetapi ia boleh dididik dengan kesungguhan dan mujahadah. Insya’Allah. Tercapai Nafsu Mutmainnah yang didambakan para manusia yang inginkan kebahagiaan.”

“Islam itu bukan garisan yang menghalang Fitrah , tetapi sememangnya ia adalah Fitrah. Bila anda ingin kembali kepada Fitrah yakni Islam adalah sebaik jawapannya.”